pywong
20th April 2010, 08:21 PM
KENYATAAN AKHBAR
20 APRIL 2010
KERAJAAN SELANGOR BAYAR BONUS KEPADA KETUA KAMPUNG DAN JKKK
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyampaikan elaun tambahan dalam bentuk bonus kepada Ketua Kampung serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) seluruh daerah Hulu Selangor.
Majlis itu diadakan di Laman 9, PKNS di Bernam Jaya, selepas Majlis Perasmian dan Lawatan Kerja Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ladang Pisang Dole Sebiro, Bernam Jaya.
Seramai 46 penerima iaitu 36 Ketua Kampung/JKKK/ Kampung Tradisi dan selebihnya iaitu 13 penerima dari Kampung Baru menerima elaun tambahan itu bagi Fasa Pertama.
Bonus itu hasil keuntungan aktiviti penjualan pasir di Selangor sepanjang tahun lalu. Hasil keuntungan itu kemudian disalurkan semula kepada rakyat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Jumlah keseluruhan bonus itu berjumlah rm616,000 yang mana setiap penerima menerima rm1,381 seorang.
Bonus itu untuk mengadakan Program Kesejahteraan Kampung seperti gotong- royong.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri berharap bayaran bonus itu dapat ditambah tahun depan jika KSSB memperoleh keuntungan lebih tinggi.
Sepanjang 2009, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri yang menguruskan aktiviti berkaitan pasir di Selangor telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.2 juta.
Sebagai kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, Kerajaan Selangor mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan itu kepada Ketua Kampung dan JKKK. Bayaran itu sebagai elaun tambahan dalam bentuk bonus kerana KSSB menjalankan operasi di kawasan mereka.
Abdul Khalid berkata, bonus itu adalah tanda kerajaan Selangor memulangkan keuntungan yang diperoleh kepada pemimpin peringkat akar umbi yang telah sanggup berkhidmat kepada Negeri dan rakyat Selangor.
Pengagihan bonus ini akan membabitkan seramai 368 Kampung Tradisi dan 78 Kampung Baru, Tersusun serta Bagan di seluruh Selangor dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat.
__________________________________________________ __________________________________________________ __________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR