KENYATAAN AKHBAR
11 JULAI 2012
RAKYAT SELANGOR TIDAK TERPEDAYA RAYUAN PM

Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN)yang diketuai Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Razak mengamalkanpentadbiran tidak adil dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat Selangorapabila menafikan hak rakyat negeri ini.

Pembayar cukai di Selangor menyumbangkansebanyak 23% terhadap jumlah cukai yang dikutip oleh KerajaanPersekutuan, tetapi hanya 3% daripada belanjawan negara dikembalikan semula kepadaSelangor.

Ketidakadilan Kerajaan Persekutuan BN membericabaran besar kepada Kerajaan Selangor untuk mentadbir negeri ini menggunakansumber negeri yang berjaya dijana menerusi pentadbiran yang baik dan amanahtanpa bergantung kepada bantuan Kerajaan Persekutuan.

Menggunakan sumber negeri, kita tidak sekadarmemenuhi janji-janji, malah berjaya mencapai lebih daripada yangdijanjikan. Kerajaan Selangor berjaya mencegah rasuah di semua peringkat, menghentikan ketirisan sumber-sumbernegeri dan hemah berbelanja. Hasilnya, Kerajaan Selangor berjaya meningkatkansimpanan tunai kerajaan dari RM400 juta pada 2008 hampir lima kali ganda ke RM1.9billion pada 2011.

Sebanyak RM700 juta dipulangkan semula kepadarakyat melalui program-program kebajikan di bawah dasar Merakyatkan EkonomiSelangor. Ini adalah bukti komitmen Kerajaan Selangor terhadap janji untukmengurus hasil negeri secara beramanah dan bertanggungjawab.

Kita berjaya memastikan pembangunan terusberjalan rancak di Selangor di samping tidak melupakan usaha meningkatkan tarafhidup rakyat menerusi program MES dan projek rumah mampu milik.

Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir Selangordengan lebih baik walaupun berdepan dengan sekatan peruntukan oleh KerajaanPersekutuan BN.

Sehubungan itu, rakyat Selangor tidak seharusnya terpedayadengan rayuan Perdana Menteri supaya memilih BN pada pilihan raya akan datangkerana sudah terbukti negeri Selangor akan lebih maju di bawah Pakatan Rakyat.

Kita amat yakin rakyat Selangor tidak akan melupakanjasa-jasa sepanjang 50 tahun BN memerintah Selangor. Tetapi kita juga yakin dan percaya rakyattidak lupa kelemahan BN yang membiarkan rasuah berleluasa, pengurusansumber-sumber semula jadi menguntungkan kroni sekali gus membebankan rakyatjelata dan hasil negeri dibolot untuk golongan tertentu sahaja.

Berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berasaskannilai-nilai reformasi telah berjaya merakyatkan pentadbiran negeri danmengembalikan semula hasil negeri kepada pemilik asal, iaitu rakyat Selangor;Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Perdana Menteri mendakwa bahawa sekiranyadasar-dasar ekonomi Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonominegara akan hancur. Kita yakin jikadasar-dasar Buku Jingga dilaksanakan di peringkat Persekutuan, ekonomi kitaakan bertambah baik dan rakyat mendapat lebih banyak manfaat kerana sumberkewangan akan diuruskan lebih telus dan bertanggungjawab.


UMNO juga mengatakan Selangor akan bankrupketika mula-mula kita memperkenalkan air percuma. Hakikatnya tidak begitu.Kedudukan kewangan kerajaan negeri tidak terjejas sedikitpun dengan dasar ini,malah simpanan tunai ditingkatkan hampir lima kali ganda hasil darikecekapan pengurusan.

Pihak Barisan Nasional mendakwa wujudnyapenyelewengan RM1 billion di Selangor tetapi bukti nyata menunjukkan bahawasebenarnya Kerajaan Selangor berjaya mengutip semula ratusan juta hutang-hutangyang gagal dikutip semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Perdana Menteri sepatutnya bertanya kepadatiga Menteri Besar UMNO sebelum ini mengapalalai mengutip hutang-hutang ini.

Pakatan Rakyat berterima kasih atas peluangyang diberi oleh rakyat pada 2008 dan yakin sepenuhnya dengan keupayaanserta kebijaksanaan rakyat untuk membandingkan prestasi kami berbanding denganprestasi pentadbiran-pentadbiran yang sebelumnya.

Selangor layak menjadi menjadi kayu ukur untukrakyat menilai corak pemerintahan yang akan dilaksanakan jika PR mentadbirPutrajaya. Jika Selangor berjaya ditadbir dengan baik, telus dan penuh pertanggungjawaban,maka rakyat pasti yakin kebolehan kita di peringkat Persekutuan.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’MENTERI BESAR SELANGOR