Results 1 to 3 of 3

Thread: FAQ: What is the difference between a PACABA, Accredited Observer (Pemerhati) & Non-accredited Observer (Pemantau)

   
   
       
  1. #1
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391

    FAQ: What is the difference between a PACABA, Accredited Observer (Pemerhati) & Non-accredited Observer (Pemantau)

    What is the difference between a PACABA, Accedited Observer (Pemerhati) & Non-accredited Observer (Pemantau)

    Volunteer Category
    PACABA
    -PA: Polling Agent (Ejen Tempat Mengundi)
    - CA: Counting Agent (Ejen Mengira Undi)
    - BA: Barang Agent/Booth Observer (Pemerhati Barung)
    Accredited Observer (Pemerhati)
    Non-Accredited Observer (Pemantau)
    How can I volunteer ?
    Appointed by the candidates (register with Tindak Msia)

    PACABA are expected to promote fair play, irrespective of party; Not necessary a political party member or being partisan to any party
    Appointed by NGOs who are accredited by the EC
    - Merdeka Center
    Join JOM Pantau
    - KOMAS
    - BERSIH 2.0
    - MAFREL

    (Register at pru13.info)
    Role in Election
    INSIDE the polling station
    to ensure that all parties, including the EC, COMPLY with the Election Laws and the principles of fair play

    I) Documents issued by PACABA can be used in a court; roles are defined in the Election Offences Act & the Conduct of Elections Regulation

    II) able to collect or make copies of the various election forms, in particular 2 forms can MAKE or BREAK an election
    - Form 13 Ballot Paper Statement
    - Form 14 Statement of the Poll After Counting the Ballots

    III) Other forms such as Forms 10, 10A, 11, 717 together with the Surat Bantahan are needed in case of election petition.
    OUTSIDE polling station but can be within Polling Center and up to limit of constituency. Only 3 per constituency. Bound by very restrictive rules set by the EC. Eg: Cannot talk to the media. Must communicate & report to EC only.
    OUTSIDE of Polling Center - at least 50m beyond the polling station

    They are vital to the promotion of Free and Fair Elections.


    You are invited to volunteer and register at network.tindakmalaysia.com.
    State which category you wish to volunteer for:

    A. PACABA and for which party,
    B. Accredited Observer ( In Remarks column, state accredited observer and preferred town)
    C. Unaccredited Observer. You can register direct and report incidences of election abuse during election campaign at http://pru13.info/page/index/9. Do note that it is more of a morale pressure and awareness campaign with this group as they are not recognized by the EC nor by law.
    D. Overseas Observers - at this point in time, we are not sure whether they will fall under Categories A, B or C. Such volunteers will be forwarded to the overseas BERSIH groups.


    py

  2. #2
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391
    Apa kah beza di antara PACABA, Pemerhati yang diiktiraf oleh SPR dan Pemantau?


    Apa kah beza di antara PACABA, Pemerhati yang diiktiraf dan Pemantau yang tidak diiktiraf.

    PA = Polling Agent (Ejen Tempat Mengundi)

    CA = Counting Agent (Ejen Mengira Undi)

    BA = Barang Agent/Booth Observer (Pemerhati Barung)
    A. Tujuan utama Tindak Malaysia adalah untuk melatih Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Pemerhati Barung (PACABA) untuk bersedia berkhidmat di tempat mengundi. Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Pemerhati Barung (PACABA) dilantik oleh calon yang bertanding di pilihanraya, dan peranan mereka adalah diiktiraf oleh undang-undang, khususnya di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya dan Peraturan-Peraturan Perjalanan Pilihanraya. Dengan demikian, dokumen-dokumen yang dikeluarkan mereka boleh diterima di mahkamah. Ejen Tempat Mengundi dan Ejen Mengira Undi juga dibenarkan untuk membuat salinan pelbagai borang-borang pilihanraya, antaranya Borang 13 Penyata Kertas Undi dan Borang 14 Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi. Kedua-dua borang ini boleh menentukan pemenang sebuah pilihan raya!

    PACABA adalah teramat penting untuk perjalanan sebuah pilihan raya yang Bersih dan Adil kerana mereka berada di dalam saluran mengundi untuk memastikan semua pihak-pihak yang terlibat, termasuk kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya, mematuhi Undang-Undang Pilihan Raya dan prinsip keadilan dan kesaksamaan.

    Walaupun PACABA yang dilatih oleh Tindak Malaysia akan dilantik oleh calon-calon yang akan bertanding di pilihan raya, mereka harus menegakkan prinsip pertandingan yang adil kepada semua pihak, tanpa mengira parti mana calon mereka mewakili. Tidak tertimbulnya isu pembabitan sebagai ahli parti politik sebagai syarat penglibatan ataupun isu berat sebelah
    hasil penglibatan begitu. Hasrat kami adalah untuk menggunakan PACABA sebagai dasar menegakkan keadilan dan kesaksamaan semasa proses pengundian dijalankan.


    B. Walaubagaimanapun, kebarangkalian ada di antara

    kita yang ingin menyokong gerakan ini tetapi tidak selesa dengan peranan PACABA, ataupun sumbangan mereka terhad oleh pelbagai faktor seperti tidak mempunyai cukup masa untuk melibatkan diri, atau kebimbangan yang lain. Untuk bakal
    sukarelawan ini, mereka ada pilihan untuk menjadi pemerhati yang diiktiraf.

    Sukarelawan-sukarelawan ini dilantik oleh NGO yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pemerhati yang diiktiraf. Pemerhati- pemerhati ini boleh memasuki pusat mengundi dan hanya saluran mengundi menjadi tempat halangan.

    Tidak seperti seorang PACABA yang terlibat secara langsung meneliti proses pilihanraya di dalam saluran mengundi, seorang pemerhati yang diiktiraf hanya boleh menjenguk ke dalam tempat mengundi dari luar. Walaubagaimanapun, mereka masih memainkan peranan yang cukup penting. Beberapa NGO-NGO yang telah diiktiraf oleh SPR telah menghubungi Tindak Malaysia dan mereka meminta sebanyak 200 sukarelawan yang rela bertugas sebagai pemantau yang diiktiraf.


    C. Kategori pemantau yang terakhir adalah pemantau yang tidak diiktiraf, seperti mereka dari Bersih 2.0, Mafrel, Jom Pantau dan sebagainya. Pemantau-pemantau ini tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi untuk memerhati proses mengundi dan perlu berada di luar zon kuarantine 50 m di luar pusat mengundi.

    Kami dengan penuh sukahati menggalakkan anda untuk mendaftar dengan kami untuk berkhidmat sebagain seorang sukarelawan di bawah kategori-kategori yang berikut:


    A. PACABA, dan untuk parti yang mana

    B. Pemerhati yang diikitiraf

    C. Pemantau yang tidak diiktiraf

    D. Pemantau luar negara – pada masa ini, kami
    belum pasti sama ada pemantau ini akan tergolong di bawah kategori A, B atau C.
    Dengan demikian, sukarelawan-sukarelawan ini akan diperkenalkan kepada
    kumpulan-kumpulan Bersih di luar negara.


    Sila daftarkan diri di network.tindakmalaysia.com








    py

  3. #3
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391
    Bahagian C:

    FAQ Pemantau (BM)

    Pemantau FAQ/ Soalan Yang Biasa ditanya

    PEMANTAU FAQ#1 – Apakah beza antara PACA dan Pemantau?
    PACA duduk didalam bilik Tempat Mengundi dan memastikan perjalanan pengundian adalah bebas dan betul, tiada penyelewengan atau penipuan. Pemantau pula bergerak 50m atau lebih dari Tempat Mengundi, dan mengawasi dan melapurkan penyelewengan atau kesalahan Undang-undang Mengundi. Peranan dan tugas PACA dan Pemantau adalah berbeza.

    PEMANTAU FAQ#2 – Mungkinkah Latihan Pemantau ini mengurangkan jumlah sukarelawan PACA atau mengganggu focus PACA?
    Tidak. Peranan dan tugas Pemantau merangkupi masa sebelum (masa kempen) dan semasa Hari Mengundi. PACA beraksi pada hari mengundi dan hanya pada masa shif yang ditetapkan. Olih itu, bolih jadi sukarelawan PACA dan juga Pemantau. Kamu hanya perlu lepaskan tugas Pemantau semasa shif kamu bertugas menjadi PACA. Sukarelawan PACA juga digalakkan menjadi Pemantau.

    PEMANTAU FAQ#3 – Mana satu lebih penting, PACA atau Pemantau?
    PACA adalah sangat penting. Tiada bilik mengundi harus dibiar tanpa PACA pada setiap masa. Walaubagaimanapun, Pemantau juga penting supaya tiada penipuan atau penyelewengan sebelum rakyat mengundi. Pemantau juga adalah satu pencegahan kepada pengundi hantu dan PATI (pendatang tanpa izin).

    PEMANTAU FAQ#4 – Apakah tugas seorang Pemantau?
    Pada masa kempen, mengesan aktiviti pembelian undi, mengugut pengundi olih parti politik atau penyokong, kekerasan, kebenaran lapuran media masa, tindaklaku SPR dan pegawai, dan juga isu-isu pengundian. Pada hari undi, memastikan tiada kempen didalam dan luar tempat mengundi, pembelian undi, pengundi yang dicurigai, proses pengundian, dsb. Apa kamu patut buat sekira terdapat kesalahan atau penyelewengan? Dapatkan saksi (gambar, video, nama, dsb) dan lapurkan melalui saluran yang betul.

    PEMANTAU FAQ#5 – Adakah ini sah?
    Adalah tidak salah untuk menjadi Pemantau. Pemantau rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik adalah satu gerakan sedunia dan ia mempunyai piawaian dan aturcara antarabangsa. Pemantau memastikan proses pengundian tidak dikompromi.

    PEMANTAU FAQ#6 – Adakah ia selamat?
    Pemantau adalah pemerhati, bukan penghasut atau perkempen. Tugas kita adalah memerhati dan melapur. Kehadiran kita adalah satu pencegahan. Pemantau terlatih akan bertugas dengan cekap pada setiap masa.

    PEMANTAU FAQ#7 – Adakah Pemantau dilantik olih parti politik?
    Tidak. Pemantau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan tidak perlu dilantik olih parti politik, berbeza dari PACA dimana beliau perlu dilantik olih parti politik. Tujuan kita hanya untuk memastikan pengundian adalah bersih, bebas dan adil.

    PEMANTAU FAQ#8 – Dimanakah saya akan ditempatkan?
    Pemantau akan ditugas pada tempat yang hangat ditanding dan/atau berkemungkinan penipuan atau penyelewengan. Sukarelawan Pemantau akan ditugaskan ditempat mengundi mereka dan/atau yang berhampiran.
    py

Visitors found this page by searching for:

ejen pemerhati barung

pacaba pemantau and pemerhati

objektif latihan polling agent counting agent (paca)

apa pacaba

ejen ejen pacaba

define PACABA

paca pemerhati pilihanraya

undi pos for pacaba

pacaba pemantau pru13

tugas-tugas counting ejen

the role of pacaba

tugas polling agent pru 13

pacaba is a decoration in pru 13

apakah tugas counting agent pru 13

isu paca pru13

paca pilihanraya

tugas paca

what is prupaca

pacaba from pkr not recognised by spr

pacaba roles preferred

Tugas seorang pacaba untuk setiap parti bertanding PRU 13

what is pacaba and pemantau

what is the different between pacaba

pacaba permerhati and pameantau

tugasan pacaba

SEO Blog

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •