KATAKAN "YA" KEPADA MERP!
Melampaui 8 Tuntutan untuk Pilihan Raya yang Bebas and Adil

YES TO MERP!
Going Beyond the 8 Demands for Free and Fair Elections

MERP,我们認同
超越八项自由和公平选举的诉求

MERPக்கு ஆம் கூறுங்கள்!
8 தூய்மையான மற்றும் நேர்மையான பரிந்துரைகளுக்கு அப்பால்


MENANDATANGANI PETISYEN
SIGN PETITION
请愿名处
மனுவில் கையெழுத்திடவும்



Full Malay/Mandarin Petition
Full English/Tamil Petition

Bersih 1 & 2 Menuntut Reformasi Pilihan Raya

30,000 rakyat Malaysia mengorak langkah ke jalan raya pada 10 November, 2007 dengan nama BERSIH, meminta pilihan raya yang adil dan bersih. Mereka dihalang, diganggu dan diserang oleh pihak berkuasa.Permintaan mereka tidak diendahkan, dan pilihan raya umum masih diteruskan pada Mac 2008 tanpa sebarang reformasi pilihan raya.

Lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia sekali lagi muncul di jalan raya pada 9 Julai, 2011 kerana tiada apa-apa telah dibuat untuk memperbaiki sistem pilihan raya. Dipengerusi oleh sebuah gabungan terdiri daripada beberapa Organisasi Bukan Kerajaan yang dikenali pula dengan nama BERSIH 2.0, suara mereka meminta reformasi dilafazkan dengan 8 tuntutan yang khusus. Pihak yang berkuasa bertindakbalas dengan menahan, mengusir dan menyembur gas pemedih mata dan air berbahan kimia ke arah kumpulan warganegara yang aman itu.


Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah satu kegagalan

Satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Parlimentary Select Committee – PSC) telah dibentuk untuk meneliti reformasi pilihan raya. Laporan PSC yang disusun dengan lemah gagal menangani kebanyakan isu di samping tidak mendefinasikan dengan baik jangkamasa untuk pelaksanaannya, telah tergesa-gesa diluluskan oleh Parlimen pada 19 April, 2012, tanpa diberi masa untuk perbahasan.Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah pindaan-pindaan utama di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya menafikan dengan sepenuhnya Usulan-usulan PSC dan ini lebih mengurangkan keyakinan terhadap integriti sistem pilihan raya kita. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya masih terus menyalahgunakan Daftar Pengundi, memanipulasikan penyempadanan kawasan pilihan raya, mengalihkan atau menempatkan semula para pengundi dan menambahkan lagi pengundi ragu ke dalam daftar pengundi.


Bersih 3.0 mendesak peletakan jawatan Suruhanjaya Pilihan Raya

Pada 28 April, 2012, lebih daripada 200,000 rakyat Malaysia membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan yang dikenali dengan popular sebagai BERSIH 3.0, sekarang mendesak bukan sahaja pelaksanaan 8 reformasi yang terdahulu tetapi juga peletakan jawatan Suruhanjaya Pilihan Raya dan dengan iltizam untuk menjemput pemerhati-pemerhati yang neutral dari luar negara. Kali ini, mereka telah disokong oleh beribu-ribu orang dari seluruh Malaysia, serta oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di 82 buah bandaraya di serata dunia. Bersih telah menjadi satu pergerakan Global.



Gerakan Rakyat yang diganasi oleh pihak polis

Penggunaan gas pemedih mata yang bertoksik dan semburan berbahan kimia yang melampau oleh pihak berkuasa dengan jelas menggambarkan yang mereka memang bertujuan untuk menghukum peserta-peserta yang tidak dapat menyelamatkan diri di laluan-laluan yang telah disekat. Para anggota polis bersiap-sedia dengan penuh lengkap, ramai di antara mereka tanpa tanda kad pengenalan diri, berkelakuan ganas dan menyerang secara fizikal peserta-peserta yang tidak bersalah, walaupun di ketika perhimpunan telah lama berakhir. Ahli-ahli media dibelasah dan kamera-kamera mereka telah dirosakkan atau dirampas. Keganasan ini tidak dilaporkan di dalam media-media saluran utama.Pegawai-pegawai kanan Polis enggan mengenal pasti orang-orang yang bersalah itu di muka pengadilan meskipun terdapat bukti di dalam video-video yang dipaparkan.




MENANDATANGANI PETISYEN
SIGN PETITION
请愿书署名处
மனுவில் கையெழுத்திடவும்



Pengalihan golongan pertengahan

Mengapa begitu banyak rakyat Malaysia dari pelbagai golongan hidup bersedia untuk mengambil risiko sedemikian?Adakah terdapat sesuatu yang teramat salah dengan sistem pilihan raya kita sehingga ramai yang sanggup mengorbankan keselesaan dan keselamatan mereka demi untuk menuntut pembaruan pilihan raya? Dengan lantang, jawapanya adalah YA!



Masa untuk Bercakap adalah Sekarang!

Oleh kerana Suruhanjaya Pilihan Raya enggan menyelesaikan masalah-masalah dengan serius, kebanyakan daripada Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan yang berkaitan kini telah memutuskan untuk melakukan segala usaha yang termampu dengan giat ke arah mengurangkan ketidakseimbangan sewaktu PRU 13. Tetapi bergerak melampaui PRU 13, kita masih tetap akan memerlukan reformasi pilihan raya, di mana ianyanya perlu dilaksanakan oleh kerajaan yang baru. Dan masa terbaik untuk bercakap dengan ahli-ahli politik ialah sebelum pilihan raya.


Tiada alasan untuk kelewatan! Kerja asas sudah dibuat!

Alasan biasa untuk penangguhan reformasi ialah bahawa ianya akan memerlukan banyak kerja. Jadi kami telah pun melakukan kerja untuk mereka, seperti yang diterangkan di dalam Surat Terbuka kami kepada Perdana Menteri dan Pemimpin Pembangkang.


Kita perlu Bergerak Melampaui 8 Tuntutan

Objektif kami ialah untuk memulakan reformasi sistem pilihan raya. Kami telah mengkaji Undang-undang dan Peraturan-peraturan yang berkenaan serta Artikel-artikel yang berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan.Kami telah mengenalpasti 19 bahagian yang memerlukan perhatian dan kami telah mencadangkan 204 pindaan untuk menangani bahagian-bahagian tersebut.Sekarang yang perlu hanyalah untuk cadangan-cadangan ini diserasi dan diratifikasikan.

Pindaan ini perlu diiktiraf oleh parti-parti politik SEBELUM pilihan raya umum, di kala ahli-ahli politik masih memberi ruang kepada suara rakyat. Kami perlu menjana sokongan padu daripada rakyat bagi memaklumkan kepada ahli-ahli politik betapa seriusnya kami, rakyat Malaysia mengenai perkara ini. Sila tandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan anda di dalam menuntut reformasi pilihan raya yang komprehensif. Pastikan rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga anda turut serta menandatangani petisyen ini.




MENANDATANGANI PETISYEN
SIGN PETITION
请愿书署名处
மனுவில் கையெழுத்திடவும்



Di samping menandatangani petisyen ini, sila juga melawat laman web kami 1 Juta Rakyat Malaysia menyokong Reformasi Sistem Pilihan Raya and Suka Laman Web kami supaya popularitinya akan terus melonjat naik dan menggambarkan keinginan rakyat.

In addition to signing this petition, please also visit our web page 1 Juta Rakyat Malaysia menyokong Reformasi Sistem Pilihan Raya and Like the Page so that its popularity will continue to grow and demonstrate the desire of the people.

除了签署这份请愿书,请游览我们的网页1 Juta Rakyat Malaysia menyokong Reformasi Sistem Pilihan Raya ,以提升它的声望,并展现大马人民对选举制度改革的意愿。

இந்த மனுவில்கையெழுத்திடும் நீங்கள் தயவு செய்து 1 Juta Rakyat Malaysia menyokong Reformasi Sistem Pilihan Raya என்ற வலைப்பக்கத்திற்கு சென்று LIKE ஐகிளிக்செய்து ஆதரவு தரும்படியும் கேட்டுக்கொள்கிறோம். இதன்மூலம் வலைப்பக்கத்தின் புகழ்வளரவும், தொடர்ந்து மக்களின் விருப்பத்தையும் நிருபிக்கமுடியும்.

Seruan penting dari Tindak Malaysia bersama-sama dengan ....
An urgent call by Tindak Malaysia together with ...
大马行动Tindak Malaysia 联同下列非政府组织紧急呼吁
இந்த அவசர அழைப்பை விடுப்பது, Tindak Malaysia மற்றும் ...

ABU, CPI (Centre for Policy Initiative), HINDRAF, MAFREL, OKU Bangkit,
SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia), SADIA (Sarawak Dayak Iban Association),
SCANE (Sarawak Conservation Alliance for Natural Environment),
SEW (Sibu Election Watchers), SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas)