Results 1 to 4 of 4

Thread: SPR FAQ on Overseas Postal Voters

   
   
       
  1. #1
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391

    SPR FAQ on Overseas Postal Voters

    SOAL JAWAB PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA


    1. Siapakah rakyat Malaysia di luar negara yang layak memohon untuk mengundi secara pos ?


    Mereka yang telah berdaftar sebagai pemilih dan tinggal di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia.


    2. Adakah rakyat Malaysia yang tinggal di semua wilayah di Selatan Thailand tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos?


    Mereka yang tinggal di wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos.


    3. Adakah rakyat Malaysia yang tinggal di seluruh Kalimantan Indonesia tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos?


    Ya. Mereka yang tinggal di seluruh Kalimantan Indonesia tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos.2


    4. Saya merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di luar negara dan mempunyai pasangan. Saya tidak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?


    Ya. Anda dan pasangan layak memohon untuk mengundi secara pos kecuali anda bertugas di Singapura, Wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia.


    5. Saya merupakan seorang pelajar bersama pasangan di luar negara. Saya tidak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?


    Ya. Anda dan pasangan layak memohon untuk mengundi secara pos kecuali anda belajar di Singapura, Wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia.


    6. Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada pengundi yang tinggal di luar negara untuk mengundi secara pos?


    Anda mesti pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.3


    7. Bagaimana cara pengundi biasa yang tinggal di luar negara memohon untuk mengundi secara pos?


    Pengundi biasa yang tinggal di luar negara hendaklah mengisi Borang 1B. Borang ini boleh dimuat turun dari laman-web SPR. Permohonan melalui Borang 1B yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.


    8. Bagaimana cara pengundi biasa di luar negara menghantar Borang 1B?


    Borang 1B yang lengkap diisi boleh dihantar kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara yang berikut ;


    a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau
    b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
    c) melalui pos ke alamat;


    Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62690 Putrajaya


    (Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)4


    9. Bilakah pengundi biasa yang tinggal di luar negara boleh
    membuat permohonan ?


    Permohonan melalui Borang 1B boleh dikemukakan bermula 21 Januari 2013.


    10. Bilakah permohonan mengundi secara pos ditutup?


    Permohonan mengundi secara pos dari luar negara ditutup pada hari pembubaran Parlimen. Permohonan yang diterima selepas jam 12.00 malam pada hari pembubaran Parlimen tidak akan diproses.


    11. Adakah SPR menyediakan garis panduan untuk mengisi Borang 1B?


    Ya. Garis panduan untuk mengisi Borang 1B boleh dimuat turun dari laman-web SPR.(www.spr.gov.my)


    12. Apakah yang dimaksudkan dengan Pejabat Pewakilan Malaysia dalam Borang 1B?


    Pejabat Pewakilan Malaysia ialah Kedutaan Besar Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Konsulat Jeneral Malaysia, Malaysian Friendship and Trade Centre Taipei, Taiwan dan 5Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Switzerland.


    13. Kenapa saya perlu mengisi maklumat tentang Pejabat Pewakilan Malaysia di dalam Borang 1B?


    Anda perlu mengisi butiran bandar dan negara dalam ruangan Pejabat Pewakilan Malaysia di dalam Borang 1B kerana SPR perlu menghantar Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos kepada alamat Pejabat Pewakilan Malaysia di bandar dan negara yang dinyatakan oleh pemohon.


    14. Bagaimana cara saya mendapat maklumat mengenai Pejabat Pewakilan Malaysia di negara tempat saya tinggal?


    Anda boleh merujuk dalam laman-web SPR di www.spr.gov.my.


    15. Jika saya tinggal di negara yang tidak mempunyai Pejabat Pewakilan Malaysia, adakah saya masih perlu mengisi butiran mengenai bandar dan negara dalam Borang 1B?


    Dalam Borang 1B, anda masih perlu mengisi butiran bandar dan negara dalam ruangan Pejabat Pewakilan Malaysia di negara yang paling hampir dengan negara dimana anda tinggal. Anda 6boleh merujuk kepada laman-web SPR mengenai senarai negara dan Pejabat Pewakilan Malaysia yang berkenaan.


    16. Sekiranya saya membuat permohonan selepas tarikh penerimaan Borang 1B ditutup, adakah permohonan saya akan diproses?


    Sekiranya permohonan anda diterima selepas jam 12.00 malam pada hari pembubaran Parlimen atau mana-mana DUN, permohonan anda tidak akan diproses. Untuk mengundi dalam pilihan raya, anda perlu balik ke Malaysia untuk mengundi pada Hari Mengundi.


    17. Jika permohonan saya untuk mengundi secara pos ditolak, apakah sebabnya?


    Antara sebab-sebab permohonan untuk mengundi secara pos ditolak adalah seperti yang berikut;


    a) Bukan warganegara Malaysia;
    b) Belum mendaftar sebagai pemilih;
    c) Anda tidak berada di Malaysia atau kembali ke


    Malaysia untuk tempoh kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen 7 atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat
    kuasa; dan


    d) Permohonan anda diterima oleh SPR selepas tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.


    18. Adakah saya akan dimaklumkan oleh SPR mengenai sebab pemohonan saya untuk mengundi secara pos ditolak?


    Ya. Anda akan dimaklumkan sebab-sebab permohonan anda untuk mengundi secara pos ditolak melalui emel,telefon atau faks.


    19. Bilakah tempoh 5 tahun untuk saya berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia bermula?


    Anda perlu berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia dikira bermula daripada 28 April 2008.


    20. Mengapakah tempoh 5 tahun itu bermula pada 28 April 2008?


    28 April 2008 adalah merupakan tarikh Parlimen (Dewan Rakyat) mengadakan Sidangnya yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008.8


    21. Bagaimana tempoh 30 hari itu dikira?


    Tempoh 30 hari anda berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia dikira daripada tarikh 28 April 2008 sehingga tarikh permohonan Borang 1B diterima. Di dalam Borang 1B, anda perlu menyatakan tarikh-tarikh anda kembali ke Malaysia atau berada di Malaysia untuk tujuan mengesahkan sama ada kelayakan 30 hari dipenuhi seperti yang disyaratkan.


    22. Saya baru tinggal di luar negara selama 50 hari. Adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?


    Ya. Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos kerana sebelum itu anda berada di Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.


    23. Sekiranya saya berada di luar negara dan pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia sebelum 28 April 2008, adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?


    Tidak. Anda tidak layak memohon untuk mengundi secara pos kerana anda tidak pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia selama tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 (9) tahun sebelum tarikh pembubaran parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

    24. Sekiranya saya hanya mengingati tahun tetapi lupa tarikh berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia, apakah yang saya perlu lakukan?


    Anda boleh mengisi butiran bulan dan tahun anda berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, SPR perlu menyemak tarikh-tarikh tersebut dengan Jabatan Imigresen Malaysia untuk pengesahan.


    25. Adakah saya dapat mengetahui Borang 1B saya telah diterima oleh SPR?


    Ya. SPR akan memaklumkan penerimaan Borang 1B melalui emel atau telefon atau faks.


    26. Bagaimanakah cara saya dimaklumkan sama ada status permohonan saya dilulus atau ditolak?


    Anda akan dimaklumkan status permohonan sama ada dilulus atau ditolak selepas Hari Penamaan Calon. Walau bagaimanapun selepas anda menghantar permohonan melalui Borang 1B kepada (10) Ibu Pejabat SPR, anda dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status permohonan anda melalui laman-web SPR.


    27. Bagaimanakah saya mengetahui tarikh dan masa untuk datang ke Pejabat Pewakilan Malaysia untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi?


    Anda akan dimaklumkan mengenai perkara itu melalui laman-web SPR. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya sentiasa menyemak laman-web SPR untuk mendapat apa-apa maklumat terkini berhubung jadual penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi yang tersebut.


    28. Jarak antara tempat saya tinggal dengan Pejabat Pewakilan Malaysia adalah jauh dan memerlukan kos, siapakah yang akan menanggung kos berkenaan?


    Kos penjalanan dan apa-apa kos lain perlu ditanggung oleh anda sendiri.


    29. Apakah dokumen yang saya perlu kemukakan untuk saya menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos di Pejabat Pewakilan Malaysia?11


    Anda perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau pasport yang original untuk anda mendapat Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.


    30. Adakah saya boleh mewakilkan kepada pasangan atau saudara atau kawan saya untuk menerima Sampul Keutamaan bagi pihak saya?


    Hanya orang yang telah diluluskan sebagai pengundi pos sahaja yang boleh menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.


    31. Berapakah tempoh masa yang ditetapkan kepada Pejabat Pewakilan Malaysia untuk menyerahkan Sampul Keutamaan kepada pengundi di luar negara dan menerima kembali Sampul B yang mengandungi kertas undi pos untuk dihantar pulang ke Malaysia?


    Tempoh masa untuk menyerah Sampul Keutamaan yang ditetapkan oleh Pejabat Pewakilan Malaysia ialah satu hari. Pengundi pos di luar negara yang menerima Sampul Keutamaan dan kertas undi yang berkenaan digalakkan mengundi (membuat penandaan pada kertas undi) di Pejabat Pewakilan Malaysia yang berkenaan. Setelah penandaan pada kertas undi dibuat, kertas (12) undi yang telah ditanda itu hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul A. Sampul A yang mengandungi kertas undi yang ditanda beserta Borang 2 (Borang Perisytiharan Identiti) hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Keutamaan B dan hendaklah digamkan sebelum dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR yang disediakan di Pejabat Pewakilan Malaysia bagi tujuan penghantaran melalui beg diplomatik balik ke SPR di Putrajaya.


    32. Sekiranya saya mengambil Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi saya tidak pada hari yang ditetapkan oleh Pejabat Pewakilan, bagaimanakah Sampul
    Keutamaan B yang mengandungi kertas undi dihantar balik ke Malaysia?


    Jika anda mengambil Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi tidak pada hari yang ditetapkan oleh Pejabat Pewakilan Malaysia, anda perlu menguruskan sendiri
    penghantarannya ke SPR Malaysia dan perlu menanggung kos penghantarannya. Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi tersebut hendaklah sampai ke Pejabat Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan sebelum jam 5.00 petang Hari Mengundi.(13)


    33. Saya telah menghantar permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih, tetapi apabila membuat semakan di laman-web SPR saya mendapati nama saya tidak terdapat dalam Daftar Pemilih SPR?


    Jika nama anda tidak terdapat dalam Daftar Pemilih SPR, ini bererti bahawa anda belum lagi merupakan sebagai pemilih berdaftar. Semakan pendaftaran boleh dibuat melalui talian 603 88856565 atau laman-web SPR di www.spr.gov.my.


    34. Saya pemilih berdaftar yang sedang bercuti di luar negara. Adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?


    Anda tidak layak. Mereka yang layak memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara adalah terdiri daripada pemilih berdaftar yang tinggal di luar negara.
    py

  2. #2
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391
    Soon Yee Yap on Facebook




    Bersih 2.0 and 3.0 attendees and supporters, there'll be no Bersih 4.0 rally before the 13th GE. So make the 13th GE you personal B 4.0. Come out to vote early on polling day, that's more effective than any rally.

    Those still in a limbo, biting fingernails on when the election will be held and indecisive if you're gonna be here in Perth to do the postal thing or buy a last minute ticket home and join the line at the polling station, here's a suggestion to sooth the adrenalin flow.

    If already a registered voter, go online to the EC website, download Form 1B and return the completed form online to register as a postal voter. As the postal ballots will arrive in the mission offices at least a week before the polling day in Malaysia, you will be advised that the designated polling day in the mission office which will be a few days before polling day in Malaysia. Go pick up the ballot. If you feel by that time that you are unlikely to make the trip to Malaysia, cast your vote at the mission office for return by diplomatic pouch. PACAPOS will be in attendance at the mission office (in Perth, at least that's the case) to witness and raise an objection if there's any discrepancy or anomalies. However, if you feel like returning home by then, you can still pick up your ballot at the mission office, bring it with you on your trip back to Malaysia and return it to the indicated address or counting station instruction which will accompany the postal ballot package. In this way your vote will be counted without the nail biting till the dateline.

    Please make it count big time this round!


    py

  3. #3
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391
    Good summary by BERSIH Hong Kong

    FAQ on Postal Voting


    Home / Uncategorized / Current Page

    1. Why do the Postal Vote?

    a. Because I care about my country and I treasure my right to choose the government I want.

    b. Because I cannot return to Malaysia to vote

    2. Is the Postal Vote safe from abuse? Can my vote be hijacked?

    a. Firstly, as the overseas postal voting facility has already been implemented, it will happen regardless of your individual decision to refrain from participation.

    b. If you are eligible but choose not to vote, you will be opening yourself to risk that your vote may be stolen and ‘someone may speak on your behalf’
    c. It is important that all concerned citizens (as many as possible!) turn up to utilise their overseas postal vote – a simple reason is if fraud occurs, then the legitimate votes outweigh and outnumber the fraudulent ones.
    d. There is a huge global effort mobilising various concerned citizen groups (e.g., Bersih, Global Bersih, Tindak Malaysia, Empower, MyOverseasVote.org etc) which is applying tremendous pressure on the Election Commission to do the needful and working actively with/on them to produce the necessary process and safeguards. (What are the measures ? Read on, under ‘How are ballots issued ?’)
    e. The Election Commission of Malaysia is also under intense pressure to show under universal scrutiny that Malaysia’s election are indeed free and fair.
    f. There are practical steps that you can take the enhance the security of your vote:

    • (i) You can choose to send your vote back to Malaysia on your own, if you have the reservations about the EC’s process of transporting the ballot. This is allowed.
    • (ii) Find someone you trust back home who can be relied on to bring your ballot to the Polling Station and tender them to the Returning Officer before 5pm on Polling Day.
    • (iii) If you are registered as a postal voter, you ABSOLUTELY MUST ensure that you collect your ballots. If not, this is opening up to risk of abuse.

    3. Do I qualify to be a Postal Voter?

    a. Need to have been already registered as an ordinary voter earlier.

    b. I am not sure of my status, how do I check?


    c. I have previously registered, or, I have even voted before back home.

    • Please check anyway to avoid any surprises.

    d. I have not registered to be an ordinary voter before.

    • You still must check your status

    e. Need to have been in Malaysia for at least 30 days in the time frame from 28 April 2008 until today*.

    • (i) Today is defined as the day you submit your application online.*
    • (ii) The 30 days can be discontinuous, they do not need to consecutive.

    f. Need to submit the application to be an overseas postal voter on time BEFORE the dissolution of parliament.
    g. HANTU. Incorrect Registration Status.
    (i) I had not registered to be an ordinary voter before. Why must I still check my registration status?

    • There have been many cases where people have been registered without their consent.
    • If you find you have been registered, you should immediately apply for the Postal Vote to stop Phantoms from using your vote

    (ii) I have previously registered, or, I have even voted before back home, but I cannot find my registration record online.
    • Please lodge a complaint to the EC immediately. Or, you can approach us, we can help you to do this.

    4. When must I register to be a Postal Voter?

    a. Need to submit the application to be a postal voter before the dissolution of parliament.

    b. This means NOW. Immediately. Before it is too late.
    c. Note: If you have registered to be a postal voter, you cannot go back Malaysia to cast your vote for this Election. If you have decided that you cannot return, register immediately. If you do not register but for sure you want to vote, then you just 100% be prepared to return.
    NOTE : There is currently difference in the interpretations as to whether the deadline is noon or midnight or at the end of the 24-hour day. Our personal interpretation is that midnight at the start is very likely. Therefore and in any case, please do not wait. Make your calculations now and decide. Either you Register to Postal Vote or else you must JBU.

    5. What do I need to do to register as a Postal Voter?

    a. Go to the SPR website: www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Borang_1B.pdf

    b. Print the hardcopy.
    c. Fill it with your personal details carefully:

    • (i) A filled-up example is accessible through here: http://www.spr.gov.my/images/stories...%201B%20_1.pdf
    • (ii) Incorrect details may result in disqualification or disenfrenchisement of your vote, so please take extra care.
    • (iii) Constituency details can be obtained from keying in your I.C number and querrying the SPR database: http://daftarj.spr.gov.my/DaftarjBM.aspx
    • (iv) You need to select the details of the overseas mission where you need to go in person to collect your ballot. If you know you will be at another location overseas for a prolonged period from April to June, then you can select any other location (refer to the SPR website for details of other locations).
    • (v) The possibly most time-consuming portion is listing down the dates that you were back in Malaysia.

    • Counted from 28 April 2008 until the date of application submission.
    • If you are not sure of the exact dates, you can list the months and years roughly.
    • Ensure you have a minimum of 30 days indicated.
    • Check your passport for the dates, you may need to dig out old travel records if your passport does not have the travel dates.
    d. Scan the document.
    e. Attach it to an e-mail and send it to upup@spr.gov.my
    f. You should receive an acknowledgment that your application has been received and is being processed.
    g. This can also be verified by visiting http://www.spr.gov.my and click on “Semakan Status Permohonan Pengundi Biasa di Luar Negara, again, key in your I.C Number.

    • The result should be like this: “KEPUTUSAN PERMOHONAN – Permohonan andta telah diterima and sedang diproses.
    • Done.

    • NOTE: All details are also obtainable from the Election Commission website www.spr.gov.my

    6. After registering, now what?


    • (i) This will only happen once Returning Officer are appointed for each constituency.
    • (ii) This will happen around Nomination Day.
    • (iii) Check the Election Commission website around that time.

    b. On the appointed day (could be one or two or three days – to be confirmed), go to the Consulate to perform your duty.

    7. What happens on the day of Ballot Issuance at the Consulate?

    a. Show your Malaysian I.C or passport.

    b. You will be given a Ballot Package that is addressed with your name. It will contain Borang 2, Envelope B & 2 Envelopes A (1 for Parliament and 1 for State) which contains the Ballot Papers.
    c. Fill up Borang 2 with your personal particulars (suggest to bring a copy of your Borang 1B for easy reference).
    d. Get a Malaysian aged 21 or above to witness your signature.
    e. Mark your ballot papers, in secret. Before that – IMPORTANT- you must examine the Ballot Papers to make sure there are no markings on it.

    • (i) If there are any markings, you can reject it. Unfortunately, you cannot get a replacement. Approach a PACAPOS (polling agent) immediately, and with his/her assistance you should discuss options with the officials present there, e.g., take a picture of the Ballot Paper before you mark it and you can get an official to certify that it already has markings. This procedure has not been tested before so results are not guaranteed. (Source : Tindak Malaysia).
    • (ii) After marking your Ballot Papers, fold them and put them back in the correct Envelope A and seal the envelopes. [Ballot put in the wrong Envelope A will not be counted. (Source: Tindak Malaysia)]
    • (iii) Place Borang 2 and the two Envelope A into Envelope B and seal it. You can sign across the flap and take a photo of it if you want (Source: Tindak Malaysia)]
    • (iv) Decide if you want to drop your ballots in the bag provided, or return them by yourself to Malaysia.


    8. Is my vote confidential?

    Your identification details are on Borang 2, which is necessary for the polling station back in Malaysia to check for legitimacy of the voter.
    • However the votes are sealed in another envelope, Envelope A.
    • At the polling station:

    • Borang 2 is verified first
    • If OK, then the unopened Envelope A is placed in a container with all other unopened Envelopes A.
    • Once all Borang 2’s have been processed, then all Envelopes A are opened, and ballots placed into a separate Ballot Box.
    • Ballots are counted.

    [Source: Election, Regulations, Postal Voting (2003), amended2012]


    Important Note:

    • There is a stipulation for the ballot paper number to be stated on Borang 2 & Envelopes A in the aforementioned regulations
    • Technically your vote could be traced… although in practice it would be extremely difficult, as the Borang 2’s are meant to be sealed off and kept separately immediately after they are verified
    • Please see further comments in elaboration from Tindak Malaysia, as attached.


    9. How are the ballots issued at the Polling Station?

    a. Postal votes are governed by Laws of Malaysia, Election Regulations (Postal Voting) 2003, amended 2012.
    b. Postal votes can only be issued by the Returning Officer of a constituency in front of the candidates and their agents [Clauses 6(1), 2)].
    c. For that constituency, a list of postal voters to whom votes are issued is produced and kept as record. The names and I.C numbers are called out verbally [Clause 7(1), (2)].
    d. This list is sealed with a safety seal and kept by the Returning Officer in a safe place, together with counterfoils of issued votes [Clause 11(1), (2)].
    e. The following are measures which are being demanded by concerned action groups from the EC as minimum logical and fair measures to prove cleanness and transparency in the process:

    • (i) A copy of the list should be provided to the candidates and their agents, and published.
    • (ii) The list should show which location the overseas voter is located at.
    • (iii) This sealed package is to be produced for checking and auditing where required.
    • (iv) A list of voters by Overseas Polling Place should also be produced and published for public inspection.
    • (v) Polling Agents are able to be present at each Overseas Polling Place to observe and audit the voting process and report any irregularities (announced by EC, 16 Mar 2013).

    f. The following are issued to each Postal Voter from the Polling Station :

    • (i) Ballot Papers [1 for Parliament and 1 for State (except for Federal Territories)].
    • (ii) Form 2
    • (iii) Envelope A [2 envelopes, 1 for Parliament and 1 for State (except for Federal Territories)].
    • (iv) Envelope B

    g. These are sent to the overseas polling locations
    • The time frame is being worked out with EC by the concerned citizens groups at this time.


    10. I would like to do more

    a. Volunteer as an Election Monitor / Election Agent (http://bit.ly/Non- partisanPACABA)

    b. Let Bersih in KL or your local representative know directly via email to advocacy@bersih.org
    c. Write to the Consulate-General/Embassy to express your concern that a Free, Fair & Clean Election should be held
    d. Tell all your friends and ask them to sign up quickly

    • Where you are, overseas, anywhere
    • Use Facebook, Whatsupp, Email and phone them


    DISCLAIMER


    • All information is given based on a combination of sources: information published on EC websites, laws and regulations, advice from various concerned groups and also some personal opinion. We have endeavoured to verify all information and all is put up here in good faith.
    • Information is as accurate up until the time of publishing. Please note that we are awaiting for the release of more guidelines and materials from EC (which is still working on it) and we will update this information as soon as this is released.
    • The individual voter is of course advised to exercise discretion and we can’t be held responsible or liable for any loss or damage occurring due to the information given.


    (Content Courtesy of BERSIH Hong Kong)

    py

  4. #4
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,391

Visitors found this page by searching for:

spr telah diterima dan sedang diproses

adakah saya layak mengundi

SPR statu mengundi PTH luar negara

tinggal di luar negeri bagaimana vote election malaysia

cara mengetahuiborang tersebut dimana.lewat hp

SEO Blog

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •