Results 1 to 2 of 2

Thread: SPR: Overseas Postal Voting Procedures

   
   
       
  1. #1
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,385

    SPR: Overseas Postal Voting Procedures

    BAGAIMANA UNDI POS DILAKSANAKAN?

    KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA

    TENTERA
    Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.


    POLIS

    Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.


    PETUGAS MEDIA
    Anggota media yang bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.


    PETUGAS PILIHAN RAYA
    Anggota media yang bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.
    KATEGORI PENGUNDI POS LUAR NEGARA

    WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA
    Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara serta tidak berkesempatan untuk pulang mengundi di Malaysia, dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos. Walau bagaimanapun mereka diminta memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.


    PELAJAR DI LUAR NEGARA & PASANGAN
    Anggota media yang bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.


    PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA & PASANGAN
    Pelajar Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar negara kerana menuntut sepenuh masa serta pasangannya telah dikategorikan sebagai Pengundi Tidak Hadir. Mereka layak mengundi secara pos.
    BAGAIMANA MEMOHON UNDI POS?
    BAGAIMANA MEMOHON UNDI POS DALAM NEGARA


    Bagi anggota ATM, PDRM, media dan petugas Pilihan Raya, permohonan kertas undi pos perlu dikemukakan melalui majikan masing-masing. Ketua Jabatan ATM, PDRM akan melantik Pegawai Penyelaras atau Pegawai Yang Bertanggungjawab untuk menyelaraskanpermohonan undi pos oleh mereka dalam kategori ini. Permohonan dibuka pada hari pembubaran dewan dan berakhir pada hari kedua selepas Hari Penamaan Calon.


    Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah siap Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan. Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut perlu dihantar kepada Pegawai Yang Bertanggungjawab. Menjadi tanggungjawab Pegawai Yang Bertanggungjawab untuk menghantar borang tersebut ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan.


    Bagi anggota media, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan. Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut. Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati melalui laman sesawang SPR atau portal www.pru13.gov.my..


    Bagi petugas pilihan raya, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya di mana beliau bertugas untuk diperakukan. Pegawai Pengurus tersebut akan menghantar permohonan ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan..
    BAGAIMANA MEMOHON UNDI POS LUAR NEGARA

    Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih boleh memohon untuk mengundi secara pos. Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang 1B. Borang 1B boleh dimuat turun daripada laman sesawang SPR www.spr.gov.my atau portal www.pru13.gov.my. Setelah Borang 1B diisi, borang boleh dihantar ke Unit Pengurusan Undi Pos Ibu Pejabat SPR atau singkatannya UPUP. Sebaik menerima borang, UPUP akan merujuk permohonan tersebut kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan permohonan tersebut memenuhi syarat kelayakan.


    Setelah menerima maklum balas daripada Jabatan Imigresen, UPUP akan memperakukan permohonan tersebut. Borang-borang yang telah siap diproses akan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus. Di Pejabat Pegawai Pengurus, borang-borang akan disemak dengan daftar pemilih pilihan raya dan seterusnya sampul-sampul undi pos disediakan untuk proses pengeluaran dan pengedaran sampul undi pos kepada pemohon yang berjaya. Kepada pemohon yang tidak berjaya, mereka akan dimaklumkan oleh Pegawai Pengurus. Bagigolongan ini, mereka tidak layak mengundi secara pos dan perlu hadir di Tempat Mengundi pada Hari Pengundian.
    BAGAIMANA PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA DILAKSANAKAN?

    Sampul-sampul undi pos yang telah diproses di Pejabat Pegawai Pengurus akan dikeluarkan pada hari pengeluaran sampul undi pos di hadapan ejen-ejen yang dilantik oleh calon yang bertanding. Semasa sampul ini dikeluarkan, Kerani Pengundian Pos akan meneriakkan nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama pengundi bagi membantu ejen-ejen yang hadir menandakan nama pengundi dalam daftar pemilih kepunyaan mereka. Sampul-sampul yang telah dikeluarkan akan diserahkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri yang ditugaskan untuk mengisihkan (sort) sampul-sampul tersebut mengikut alamat Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. Selepas diisihkan, sampul-sampul tersebut akan dihantar ke Unit Pengurusan Undi Pos Ibu Pejabat SPR yang akan mengumpulkan semua sampul-sampul daripada seluruh negara mengikut alamat Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang berkaitan. Sampul-sampul akan diedarkan ke pejabat-pejabat perwakilan di seluruh dunia dengan bantuan daripada Wisma Putra.


    Setibanya di pejabat perwakilan, sampul-sampul ini akan disimpan di tempat yang selamat. Bagi memudahkan urusan serahan sampul undi pos, petugas pilihan raya di pejabat perwakilan akan menyusun sampul-sampul berkenaan mengikut negeri dan mengikut senarai yang telah disediakan.


    Pada masa yang sama, petugas-petugas di pejabat perwakilan akan mempersiapkan tempat bagi serahan sampul-sampul undi pos kepada pengundi di negara tersebut pada hari yang di tetapkan. Antara persiapan yang dilaksanakan adalah seperti persiapan meja serahan, meja saksi, tempat untuk penandaan kertas undi dan tempat untuk karung undi pos. Selain itu, notis juga akan ditampal bagi memaklumkan pengundi pos tentang tarikh dan masa serahan sampul undi pos dibuka untuk diserahkan.


    Bagi tujuan memudahkan pengundi pos untuk menghantar kembali kertas undinya pulang ke pejabat Pegawai Pengurus di Malaysia, pejabat perwakilan telah menetapkan satu hari khas bagi menyerahkan sampul undi pos tersebut dan menyediakan karung khas yang akan dihantar pulang seberapa segera setelah tamat hari penyerahan yang ditetapkan itu.


    Pada pagi hari penyerahan sampul undi pos, sampul-sampul undi pos akan dikeluarkan daripada tempat simpanan selamat dan disusun di atas meja serahan.

    Pengundi pos perlu beratur untuk mengambil sampul undi pos. Bagi memudahkan urusan, barisan boleh dibuat mengikut label negeri pada meja serahan.

    Semasa tiba di meja serahan, pengundi perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri. Dokumen pengenalan diri yang diterima hanya kad pengenalan atau pasport antarabangsa milik pengundi. Dokumen lain, tidak boleh diterima.

    Apabila dokumen pengenalan diri diserahkan kepada kerani serahan pertama, beliau akan membandingkan wajah pengundi dengan gambar yang wajah pengundi dengan gambar yang dirinya.

    Seterusnya, kerani serahan pertama akan menyemak nama pengundi dalam senarai yang disediakan sebelum meneriakkan nama pengundi bagi membantu kerani serahan kedua mencari sampul undi pos pengundi. Kerani serahan kedua kemudiannya akan menyerahkan sampul undi pos kepada pengundi. Dalam masa yang sama, kerani serahan pertama akan menggariskan nama pengundi dan mencatatkan tarikh serahan ke dalam senarai yang disediakan.

    Selepas sampul undi pos diserahkan kepada pengundi, pengundi bebas untuk memilih sama ada ingin menandakan kertas undi di tempat yang disediakan atau menandakannya di tempat yang difikirkan sesuai olehnya. Pengundi juga bebas untuk memilih sama ada ingin menggunakan khidmat saksi yang disediakan atau melantik individu lain sebagai saksi.

    Sekiranya pengundi memilih untuk menggunakan khidmat saksi yang disediakan, pengundi perlu membuka sampul undi pos beliau di hadapan meja saksi. Pengundi juga perlu menyerahkan kertas undi yang belum ditandakan dan Borang 2 untuk disemak oleh saksi. Saksi akan membandingkan nombor siri pada kertas undi, Borang 2 dan Sampul A. Sebelum saksi menandatangani Borang 2, pengundi perlu terlebih dahulu menandatangani Borang 2 tersebut.

    Setelah Borang 2 disempurnakan,pengundi boleh terus bergerak ke tempat penandaan kertas undi dan menandakan kertas undinya. Setelah kertas undi tersebut ditandakan,pengundi perlu memasukkan kertas undi ke dalam Sampul A dan digamkan. Sampul A dan Borang 2 perlu dimasukkan ke dalam Sampul Keutamaan B dan digamkan. Tatacara ini perlu dilaksanakan bagi kedua-dua kertas undi Parlimen dan Negeri. Sampul Keutamaan B Parlimen dan Negeri kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam Karung Undi Pos yang disediakan. Setelah pusat serahan dan penerimaan Sampul Undi Pos ditutup, pegawai di pejabat perwakilan yang dilantik oleh SPR akan memaklum- kan SPR tentang jumlah sampul undi pos yang telah diserahkan. Sampul- sampul tersebut beserta senarai yang telah ditandakan akan dihantar pulang ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya. Unit Pengurusan Undi Pos Ibu Pejabat SPR kemudiannya akan mengedarkan sampul-sampul tersebut seberapa segera ke pejabatpejabat pegawai pengurus yang berkaitan.

    Walaupun pusat penyerahan dan penerimaan sampul undi pos telah ditutup, namun pengundi masih boleh mengambil sampul-sampul undi pos di pejabat perwakilan. Walau bagaimanapun, pengundi perlu menghantar sendiri sampul undi pos yang telah disempurnakan ke pejabat pegawai pengurus.
    BAGAIMANA UNDI POS DIKELUARKAN,DISERAHKAN,DIKEMBALIKAN, DAN DIKIRA?

    PROSES PENGELUARAN KERTAS UNDI POS

    Sebelum sampul undi pos dikeluarkan Pegawai Pengurus akan mengeluarkan notis kepada ejen-ejen calon memaklumkan tarikh, masa dan tempat pos akan dikeluarkan. Sebagai persediaan, sampul-sampul undi pos akan disusun mengikut kategori pengundi pos. Untuk makluman, sampul-sampul undi pos ini belum dimasukkan kertas undi pos. Kertas-kertas undi pos akan dimasukkan ke dalam sampul di hadapan ejen calon yang memerhatikan pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Sebelum sampul undi pos dikeluarkan, Pegawai Pengurus akan memeteraikan peti-peti undi pos di hadapan ejen-ejen calon yang hadir. Ejen-ejen calon boleh menandatangani perekat keselamatan pada peti undi yang telah dimeteraikan sekiranya ingin berbuat demikian. Tujuan pemeteraian peti undi adalah bagi memastikan sampul-sampul undi pos boleh dimasukkan ke dalam peti undi sewaktu proses pengembalian sampul undi pos. Ia juga bagi menjamin bahawa hanya peti undi tersebut akan diguna pakai dan tidak boleh ditukarkan dengan peti undi yang lain.



    Proses pengeluaran sampul undi pos bermula dengan Kerani Pengundian Pos Pertama meneriakkan nombor siri nombor pengenalan diri, dan nama pengundi pos yang dibacanya dalam senarai undi pos. Tujuannya adalah bagi membantu ejen-ejen calon yang hadir untuk menandakan nama pengundi pos dalam buku daftar pemilih kepunyaan mereka. Setelah proses pengeluaran kertas undi pos selesai, Kerani Pengundian Pos Pertama hendaklah menandakan nama pengundi pos tersebut dan mencatatkan tanda ‘PP’ bermaksud ‘Pengundi Pos’ ‘Yang Telah Dikeluarkan Kertas Undi’ pada hujung nama pengundi dalam buku daftar pemilih. Untuk makluman, salinan buku-buku daftar pemilih yang telah ditandakan ini akan diedarkan kepada petugas-petugas semasa proses pengundian awal dan proses pengundian sebenar bagi memastikan tiada kertas undi lain dikeluarkan kepada pengundi yang telah diberikan sampul undi pos. Selepas nama pengundi diteriakkan, Kerani Undi Pos Kedua akan menurunkan cap keselamatan atas kertas undi, menceraikannya dan menyerahkan kertas undi tersebut kepada Kerani Undi Pos Ketiga.




    Tugas Kerani Pengundian Pos Ketiga adalah mencatatkan nombor siri kertas undi di muka hadapan Sampul A dan di bahagian atas Borang 2. Kemudian, kertas undi akan dimasukkan ke dalam Sampul A. Seterusnya beliau akan menyerahkan Borang 2 dan Sampul A kepada Kerani Pengundian Pos Keempat yang akan memasukkan Borang 2 dan Sampul A ke dalam Sampul Keutamaan B. Proses yang sama dilakukan terhadap kedua-dua dokumen undi pos untuk kertas undi Parlimen dan Negeri. Kerani Pengundian Pos Keempat selanjutnya mengambil tindakan memasukkan Sampul Keutamaan B Parlimen dan Negeri ke dalam Sampul Keutamaan dan digamkan. Sampul-sampul akan dikumpulkan mengikut kategori pengundi pos.

    Setelah selesai, sampul-sampul undi pos akan diserahkan kepada wakil-wakil pengundi pos seperti ‘Courier’ Polis dan tentera untuk anggota polis dan tentera, Pegawai Pos Malaysia Bhd. serta Pejabat Pilihan Raya Negeri bagi pengundi pos luar negara. Bagi pengundi pos yang tidak menghantar wakil, kertas undi akan diposkan ke alamat seperti yang dinyatakan dalam Borang Permohonan Kertas Undi Pos. Sampul-sampul undi pos yang telah diserahkan kepada pengundi akan ditandakan dan dipulangkan semula ke pejabat Pegawai Pengurus. Semua sampul-sampul perlu sampai ke pejabat Pegawai Pengurus sebelum jam 5.00 petang pada hari pengundian biasa. Sekiranya sampul undi pos sampai selepas jam 5.00 petang, kertas undi dalam sampul tersebut tidak akan dikira dan sampul tersebut akan disimpan dalam Sampul No.10. Urusan penerimaan dan pembukaan kertas undi pos serta pengiraan kertas undi pos adalah rumit dan memerlukan ketelitian. Oleh yang demikian, tidak seperti proses pengiraan undi biasa, urusan ini memerlukan jangka waktu yang panjang untuk diselesaikan. Bagi tujuan penerimaan, Pegawai Pengurus akan membuka Karung Undi Pos yang diterima daripada wakil pengundi PDRM, ATM dan pengundi luar negara dan menyusun sampul-sampul tersebut mengikut kategori. Setelah itu, Pegawai Pengurus akan membuat catatan dalam Borang 754 ( Borang Bilangan Kertas-Kertas Undi Pos yang Dikeluarkan dan Diterima Balik Mengikut Kumpulan-Kumpulan Pengundian Pos). Sampul-sampul Keutamaan B akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah sedia dimeterai.


    Sebelum sampul-sampul undi pos boleh dibuka, Pegawai Pengurus perlu menghantar notis kepada calon atau ejen pilihan raya memaklumkan tarikh, masa dan tempat sampul-sampul itu akan dibuka. Notis tersebut perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum urusan pembukaan bermula.Walaupun Sampul Keutamaan B dan sampul A boleh dibuka lebih awal daripada jam 5.00 petang, pengiraan undi pos hanya boleh dijalankan selepas jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar. Kebiasaannya sampul-sampul yang dibuka awal melibatkan bahagian pilihan raya yang jumlah pengundi posnya adalah ramai.

    Apabila sampai waktu yang ditetapkan, Pegawai Pengurus akan membuka meterai peti undi dan mengeluarkan semua Sampul Keutamaan B. Seterusnya bilangan sampul akan dikira dan dicatatkan ke dalam Borang 755 (Kira-Kira Kertas Undi Pos Selepas Kertas Undi Pos Dibuka). Peti undi yang kosong akan ditunjukkan kepada ejen-ejen calon dan kemudiannya dimeterai semula. Setelah selesai, Pegawai Pengurus akan mengarahkan petugas untuk membuka Sampul Keutamaan B satu persatu. Sekiranya semua dokumen adalah teratur, maka Borang 2 akan dimasukkan ke dalam dulang dengan label “BORANG 2”, manakala Sampul A yang mengandungi kertas undi pos akan dimasukkan ke dalam dulang dengan label “SAMPUL A”. Jika Sampul Keutamaan B terdapat Sampul A di dalamnya tetapi tiada Borang 2, petugas akan membuka Sampul A bagi menentukan sama ada Borang 2 terdapat di dalam Sampul A tersebut. Sekiranya tiada, Sampul A akan dicapkan “DITOLAK” dan dimasukkan ke dalam dulang “DITOLAK”.

    Jika terdapat Borang 2, petugas akan membandingkan nombor siri Borang 2 dengan nombor siri di Sampul A. Sekiranya sama, Borang 2 akan di masukkan ke dalam dulang “BORANG 2” dan kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai. Sekiranya nombor siri pada Borang 2 tidak sama dengan nombor siri pada Sampul A, petugas akan menurunkan cap “DITOLAK” pada Borang 2 dan dikepilkan bersama kertas undi dan Sampul A sebelum dimasukkkan ke dalam dulang “DITOLAK”. Jika Sampul Keutamaan B kosong petugas akan menurunkan cap “DITOLAK” dan dimasukkan ke dalam dulang “DITOLAK”. Jika Borang 2 tidak lengkap, Borang 2 akan dicap dengan cap “DITOLAK” dan kepilkan bersama dokumen lain dan dimasukkan ke dalam dulang “DITOLAK”. Jika Sampul A tidak disertakan, tetapi terdapat kertas undi dalam Sampul Keutamaan B, maka petugas akan membandingkan nombor siri kertas undi dengan nombor siri pada Borang 2.
    py

  2. #2
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    13,385

    Jika sama, maka Borang 2 akan dimasukkan ke dulang BORANG 2” manakala, kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai. Jika tidak sama, Borang 2 akan dicapkan “DITOLAK” dan dikepilkan dengan semua dokumen sebelum dimasukkan ke dalam dulang “DITOLAK”. Setelah selesai proses pembukaan Sampul Keutamaan B, petugas-petugas akan mengambil tindakan seperti gambar di atas.


    Sekarang tibalah masanya untuk membuka Sampul A yang mengandungi kertas undi pos. Sebelum itu, Pegawai Pengurus akan menyediakan peti undi yang telah sedia dimeteraikan, dulang dengan label “SAMPUL A”. Apabila Sampul A dibuka, Pegawai Pengurus perlu membandingkan nombor siri pada Sampul A dengan nombor siri pada kertas undi. Untuk makluman, pada tahap ini, tiada lagi Borang 2 diguna pakai, sehubungan dengan itu, tiada siapa yang boleh mengetahui kertas undi tersebut milik siapa sebenarnya. Sekiranya nombor siri adalah sama, maka kertas undi akan dimasukkan ke dalam peti undi yang telah dimeterai tadi. Sekiranya nombor siri tidak sama, maka kertas undi akan ditolak. Petugas akan menurunkan cap “DITOLAK” di bahagian hadapan kertas undi dan dimasukkan ke dalam dulang “DITOLAK” setelah dikepilkan dengan sampul A. Sekiranya tiada kertas undi dalam Sampul A, petugas akan menurunkan cap “KOSONG” pada sampul A dan akan diketepikan.




    Selesai sahaja proses pembukaan Sampul A, Pegawai Pengurus akan mengambil tindakan memeteraikan mulut peti undi di hadapan ejen dan seterusnya meminta ejen menandatangani perekat keselamatan pada peti undi tersebut. Selepas itu, pegawai pengurus akan mengambil tindakan dalam gambar di atas. Setelah selesai, Pegawai Pengurus akan memaklumkan ejen calon yang hadir tentang masa pengiraan kertas undi akan dimulakan.
    py

Visitors found this page by searching for:

spr bila tarikh undi pos pdrm dan atm

spr postal votes

undi post procedures

spr voting procedure

bagaimana undi pos

borang spr 754

SEO Blog

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •