Teresa Kok, Iskandar Bin A. Samad & Azmin Ali appointed to PKNS Board of Directors.

SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686

KENYATAAN MEDIA

04 FEB 2009

PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS

SHAH ALAM – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor hari ini telah membuat keputusan untuk
menamakan YB Teresa Kok Suh Sim, YB Tuan Iskandar Bin A. Samad serta YB Azmin Ali (Adun Bukit
Antarabangsa) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang baharu.
YB Teresa adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan untuk Kerajaan
Negeri Selangor manakala YB Iskandar adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan
Bangunan dan Setinggan. YB Azmin pula adalah ADUN kawasan Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen
kawasan Gombak.

Kerajaan Negeri yakin dan percaya mereka akan dapat membantu membawa PKNS mencapai matlamat asal
dalam memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah, di samping meningkatkan pembangunan
sosio-ekonomi masyarakat serta memacu PKNS ke tahap yang lebih tinggi.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR