Tuan/Puan,
SISTEM PENTAKSIRAN SEMULA DAN PERKEMBANGAN KAWASAN PILIHANRAYA (EACDS) TINDAK MALAYSIA
Dengan sukacitanya Tindak Malaysia mengumumkan penerbitan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang disamaratakan untuk semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( kecuali untuk Labuan dan Putrajaya yang merupakan kawasan Parlimen 'standalone'. Tuan/Puan boleh mencapai dan muat turun peta-peta berkaitan dari laman sesawang www.tindakmalaysia.org.
Untuk makluman semua, peta-peta ini adalah hasil kajian selama tiga tahun dari kumpulan sukarelawan yang membiayai sendiri usaha ini.
Data pilihanraya dan peta kawasan pilihanraya dibina ke dalam Sistem Maklumat Geografi (QGIS) yang didapati online secara percuma di www.qgis.org. Dalam laman sesawang kami, tuan/puan boleh lihat kawasan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebelum dan selepas proses menyamaratakan kawasan pilihanraya. Peta kawasan pilihanraya secara individu boleh didapati dalan format yang boleh dimuat turun.
Sekira tuan/puan mendapati bahawa persempadanan semula berdasarkan peta kami lebih sesuai daripada cadangan yang bakal dikemukakan oleh SPR, tuan/puan boleh memilih untuk muat turun peta kawasan ini dan mengemukakan peta ini sebagai alternatif.
Prinsip asas yang melandaskan cadangan penyempadanan semula yang lebih sama rata adalah berdasarkan Deklarasi Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu dan Artikel Jadual Ketigabelas Perlembagaan Perseketuan. Antara prinsip yang diguna pakai adalah :
(i) Mengekalkan 222 kerusi di Parlimen Pusat dan agihan kerusi Parlimen kepada setiap negeri berlandaskan pengubahan kepada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1973.
(ii) Mengekalkan jumlah kerusi semasa dalam setiap Dewan Undangan Negeri
(iii) Sisihan maksimum yang dibenarkan dari electoral quotient untuk kerusi Parlimen Persekutuan dan DUN sebaik-baiknya tidak melebihi 20%. Electoral Quotient atau ' EQ” merujuk kepada nilai yg diperoleh bila jumlah pengundi dibahagi dengan jumlah kerusi untuk setiap negeri. Penyamarataan ini adalah seiring dengan prinsip Klausa 2(c) dalam Jadual Ketigabelas.
Kami juga telah merangka sistem yang boleh mentaksir cadangan SPR dalam beberapa hari sahaja.
Pihak kami amat mengharapkan agar tuan/puan akan melawat laman sesawang www.tindakmalaysia.org; kaji peta serta analisis kami agar memupuk minat yang serius terhadap proses persempadanan semula oleh SPR serta mengambil bahagian dalam proses perundingan awam di mana SPR akan mengemukakan cadangan persempadanan semula.
Impak dan implikasi dari persempadanan semula adalah amat berat dan kesannya jangka panjang kepada generasi yang bakal mewarisi negara kita. Sesungguhnya sikap tidak mengambil tahu bukan merupakan satu pilihan.
Kami sentiasa mengharapkan maklum balas serta saranan daripada tuan/puan untuk memperbaiki cadangan-cadangan ini.
Jika anda berminat, sila hubungi kami di :
my@tindakmalaysia.com
Terima kasih.
Yang Benar,
P Y WONG
(TINDAK MALAYSIA)
Founder
[ENGLISH]
Dear Sir
TINDAK MALAYSIA’S ELECTORAL ASSESSMENT AND CONSTITUENCY DEVELOPMENT SYSTEM (EACDS)
Tindak Malaysia is proud to announce the publication of equalized constituency boundaries for all Parliament and Dewan Undangan Negeri seats (except for Labuan and Putrajaya which are standalone Parliamentary constituencies). You can access and download the maps from our website www.tindakmalaysia.org.
These maps are the result of 3 years of research and development by a group of self-funded volunteers. The electoral data and constituency maps are built into a geographical information system (QGIS) that is available free online (www.qgis.org).
In our website you will find State maps showing parliament and State assembly seats before and after equalization. Maps of individual equalized constituencies are also available in a format that can be downloaded. Should you conclude that these maps are preferable to the forthcoming SPR proposals and should you have reasons to object to their proposals, you may wish to download and submit ours as alternatives.
The basic principles governing our proposed equitable delineation are based on the United Nations Human Rights Declaration, and the Federal Constitution Thirteenth Schedule, and include:
(i) Maintaining the present 222 seats in the Federal Parliament and the allocation of Parliamentary seats to each State following the 1973 amendments to the Federal Constitution;
(ii) Maintaining the present number of seats in each Dewan Undangan Negeri;
(iii) The maximum allowable deviation from the electoral quotient for both Federal Parliament and DUN seats shall as far as possible not exceed 20%. The Electoral Quotient or “EQ” refers to the value arrived at when the total number of voters are divided by the number of seats for each State. This equalization is in line with the principle of Clause 2(c) of the Thirteenth Schedule.
We have also developed a system that can assess SPR’s proposals in a matter of days.
We hope you will visit our website www.tindakmalaysia.org; study the maps and our analyses, develop a serious interest in the coming SPR delineation process and participate in the public consultation process when the forthcoming SPR delineation proposals are announced. The ramifications of any constituency delineation are severe and the effects long lasting. It can result in a democratic spring or announce its death. Indifference is not an option.
We look forward to your feedback and suggestions on how to improve these proposals.
Should you be interested please contact us at:
my@tindakmalaysia.com
Thank you
Yours faithfully
P Y WONG
Founder
(Tindak Malaysia)
Mobile: 012-2149322
Bookmarks